About Me



Khadijah Mohd Khambali@Hambali merupakan Profesor Madya di Jabatan Aqidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Sarjana Usuluddin dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Malaya.

Beliau pernah menjadi Visiting Professor di Center for Muslin-Christian Understanding (CMCU), Georgetown University, Washington D.C pada tahun 2001-2002.

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Unit Rekod dan Dokumentasi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (2002-2003).

Beliau juga pernah menjadi Penyelaras Tamadun Islam di Seksyen Ko-kurikulum dan Elektif Luar Universiti (SKET), Universiti Malaya (2005-2006), Timbalan Pengarah Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya (2007) dan Research Fellow di Religious Studies Programme, School of Arts History, Classics and Religious Studies, Victoria University of Wellington, New Zealand (Mei-September 2008).

Bidang kepakaran beliau ialah Pengkajian dan Perbandingan Agama, Isu-isu keagamaan, Dialog dan Hubungan Antara Agama, Peradaban dan Ketamadunan dan Pemikiran Islam.

Beliau boleh dihubungi melalui emel: ijamh@um.edu.my